Welcome to MrInsouciant.blogspot.com. Feel free to FOLLOW us. 1 Click on each and every Ad's will make me HAPPY. THANK YOU :)
TINGGALKAN URL BLOG ANDA DI SINI, MR INSOUCIANT AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA SATU PER SATU
HOMESHOPPINGTUTORIALSTORYTIPS

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Scha Alyahya Bakal Bergelar Ibu


Hello hello hello !!! Jammy is hereeeeeeeee !!! HAHA
Ok ok ok ok ok. Wah HYPER semacam je hari ni kann . . Mana idoknyerr, dapat tahu yang pasangan artis Scha & Awal ni akan dapat "baby" !!!

Akhirnya, impian pasangan popular iaitu Scha dan Awal untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan. Sebelum ini, Awal pernah memberitau keadaan Scha yang selalu demam serta tidak sihat. Ini sebenarnya adalah kerana pembawakan bayi mereka.

Berita gembira ini telah disahkan oleh Scha sendiri menerusi laman Facebooknya. Bukan itu saja, Scha turut sudi memaklumkan tentang kehamilannya yang kini sudah pun memasuk trimester kedua.

Pasangan pelakon selebriti popular ini telah diijabkabulkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside, melalui laman sosial masing-masih telah memuat naik gambar scan kandungan dan berkongsi kegembiraan tersebut bersama peminat tersayang.


Bersyukur atas pemberian rezeki olehNya, dia turut berterima kasih kepada semua peminat yang selalu mendoakan kesejahteraan mereka berdua dan mengharapkan agar kandungannya akan sihat sehingga sampai masanya.

Semoga Scha terus sihat dan cergas sepanjang proses kehamilan ini. Jangan lupa kongsi berita kelahiran nanti pula ya?

Ok that's all ! Tunggukan gossip2 yg sememangnya MELETOP dari JL yeh ... Much Love from Jammy Letop !
BYE!!!!


Wednesday, 15 January 2014

Kandungan Isteri Pierre Andre perlu Digugurkan ??

Haiiiiiiiiiiii ! (Oppss terlebih sudah) HEHE ... 
Ok Inilah Entry pertama Mr. Insouciant, dan Entry pertama dengan BERANInya (berani kerr??) post pasal GOSSIP RETIS Uollsss! (blog lain mampu?!!) HAHA ..
OK, FYI (for your information) Bila sampai bab2 GOSSIP ni Mr Insouciant nak bagitahu yg akan update pasal gossip2 nih adalah orang KAKI GOSSIP bukannya Mr Insouciant.
Dengan Sukacitanya Mr Insouciant perkenalkan KAKI GOSSIP di Blog Mr Insouciant iaitu 
JAMMY LETOP ! (kerrrlasss nama kau!)
halu halu haluuuuuu .............
Ok JL (Jammy Letop) teruskan dengan Gossip kita hari ni.

Dipetik daripada website ERA.fm


Setiap kejadian ada hikmahnya, begitulah gambaran yang diungkapkan oleh Pierre Andre apabila mendapat berita kurang menggembirakan tentang isteri tersayang. Mengikut perkhabaran, kandungan isterinya perlu digugurkan demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan. Sebelum ini Pierre pernah memberitahu kepada media isterinya sudah hamil anak sulung mereka.

Pierre dalam reaksinya mengenai perkara tersebut sangat tenang dan menganggap perkara tersebut sebagai suratan takdir. Bukan itu saja dia turut bersyukur kerana kesihatan isterinya berada dalam keadaan yang baik sebelum sebarang perkara lebih buruk menimpa selepas ini. Menyifatkan perkara itu sebagai ujian dari Allah, Pierre sedar bahawa rezekinya masih belum ada untuk bergelar bapa.

Dalam perkembangan lain pula, dia yang ditemui semasa preview tayangan Muka Surat Cinta turut memaklumkan bahawa filem ini bakal menemui penonton pada 16 Januari 2014. Filem ini menampilkan muka-muka baru antaranya ialah Mikael Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Azwan Kombos, dan Afiera Riana sebagai teraju utama.

Ditanya mengenai status adik kandungnya dalam filem tersebut, Pierre bertindak professional dan segalanya mengikut kepada skrip yang bersesuaian dan semua pelakon perlu melalui proses casting terlebih dahulu. Jadi, isu pilih kasih tentang hero utama tidak timbul kerana semua pelakon perlu berusaha untuk dipilih berlakon dalam filem tersebut.